Memastikan Keterjaminan Makanan Negeri Membangunkan dan menyelenggara sistem bekalan makanan yang cekap dan berdaya tahan untuk memenuhi permintaan tempatan dan eksport.
Memperkasakan Pertanian Berasaskan Teknologi Menggalakkan penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian pintar untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk.
Meneraju Pembangunan Agro-Pelancongan Menarik pelancong domestik dan antarabangsa melalui produk agro-pelancongan yang unik dan mampan di Pulau Pinang.
Memacu Ekonomi Komuniti Luar Bandar Melibatkan koperasi, belia, dan wanita dalam sektor agroteknologi untuk meningkatkan pendapatan komuniti setempat.
Menggalakkan Kerjasama Awam-Swasta Mewujudkan jaringan strategik bersama pemain industri, institusi penyelidikan, dan pihak swasta bagi memacu pertumbuhan sektor pertanian.
Meningkatkan Tadbir Urus dan Kecekapan Operasi Mengamalkan prinsip tadbir urus yang telus, cekap, dan berintegriti dalam semua aspek operasi syarikat.
.